Saturday, July 4, 2009

pendapat aku

bila angin bertiup di waktu petang dengan pokok pokok kayu yg sudah berumur dan daunnya
mula kuning sebab kekurangan baja. angin petang meluruhkan semua daun yg kuning dan menerbangkan
semua daun yg dah tua. di tengah jalan sebuah motor jarang jarang lalu di bawah sinaran matahari pukul 6 petang
keadaan nampak kuning dan oren. nampak penat setelah melalui hari yang penat bekerja.

keadaan ni nampak nostalgia, kuning dan oren. berlalu la plk hari hari ku sebagai penganggur. setelah memikirkan nasib aku sebagai pengangur
tidak berduit tak buat apa tak ada income. menjatuhkan maruah.
seronok nya bekerja.ada pekerjaan berguna. ada duit. orang respek.

aku dulu pon bekerja. kontrak. kerja mudah. buat eksperimen. tolong orang mengangkat barang. tolong research orang. bersosial. berkawan ngan orang bijak pandai.
aku pon pernah sambung belajar. satu sem saja. tapi aku ni pemalas. tak pandai (penulis mahu gunakan bodoh sebenarnya)
tapi semuanya dah ditarik. mungkin aku tak bersyukur.

ada orang ajak aku kerja di seven E. aku pernah kerja di seven E. aku dah ada pengalaman kerja di seven E. aku selalu disuruh mennyusunbotol arak. selepas itu aku quit
ada lecturer tanya aku kenapa berhenti kerja kat sana? aku memberi alasan berkenaan arak itu.
kemudian adal pengalaman dia ceritakan kepada aku bahawa beliau pernah terminum arak tapi berniatkan ubat ketika beliau di jepon. dia bertanyakan pendapat aku.
aku tahu itu adalah arak dan arak adalah haram walaupon ubat. tapi aku tak menegaskan pendirian aku sebab untuk menegur seseorang
yg bijak yang ada dr. perlu kita bijak. aku jawab tak tahu. rupa rupanya ada mesej sebalik pertanyaan dia itu. dia menyakan soalan yg simple. amir u tau tak tapai ada berapa peratus alkohol
kandungannya? ouh pikir ku tapai ada alkohol. tapi rupa rupanya alkohol lebih tinggi dalam tapi berbanding arak biasa.

ouh begitu dr.kata aku. rupa rupanya dia ingin memberitahu alasan aku untuk berhenti kerja dari seven e perlu lebih munasabah bukan berkaitan arak,pada pendapat aku la
berhenti boleh tapi biarkan alasan lebih kukuh itu yg aku pikirkan.
tapi berkenaan alkohol didalam tapai pada pendapat aku itu bukan menjadikan ia arak. melainkan kalau ia masam.pasti tak boleh dimakan.
macamna plk ngan kek atau pon makanan yang dicampur arak? tanya aku kpd aku sendiri. alkohol nya bolehlah diangga pspt alkohol dalam tapai.
tapi bab itu kalo kita tgk logik nya la dah sohih arak yang diletakkan dalam kek atau apa apa makanan. dan arak memang haram apa nak dibahaskan lagik.

aku cuma senyum selepas dr. tanya pendapat aku tentang alkohol dalam tapai aku tau jawapanya cuma nak menerangkan kepada orang yg pandai susah. sebab kita tegor
mengajar memberi ilmu untuk pengetahuan bukan utk dibahas.

tue satu pengalaman bersosial pada waktu sebelum menjadi pekerja kontrak. dah menjadi pekerja dalam u kontrak. menolong research seorang dr. research yang masih tak jadi jadi. sehingga baru baru ini aku bertanya salah seorang pengganti
aku berkenaan projek tersebut. beliau berkata dr. itu dah hilang keyakinan projek itu berjaya. benda penyelidikkan itu seperti mitos sahaja. dah macamana nak berjaya. kalo alat nya belum sampai.

kemudian aku disyorkan sambung pengajian. aku setuju sambung. berkenaan mencari air bawah tanah dan mengeluar kan ia untuk penyaliran padi. ouh kerja nya berat. membuat telaga tiub.dah bermacam
keadaan site aku jumpa. ada yang susah. ada yang senang. ada yang tertunggak. last sekali aku fail satu subjek kerana aku dapat D dan keputusan aku kena lulus ialaH B. aku pon dibuang.
.

begitu aja kisah ku sebagai pelajar. aku nak berehat seketika. memikirkan perangai manusia. ada bodoh iaitu aku. ada yang cerdik. ada yang tak menghargai.
aku rasa aku diperalatkan. cuma rasala. selepas aku pergi dan aku tak akan toleh balik. sebab mesti kamu jumpa orang lebih baik dari aku.
tapi sebodoh aku, aku ada kawan, ada ibu bapa dan ada saudara. terimakasih. dan baru aku teringat untuk bersyukur.

kalo. dipikirkan ada jatuh bangun manusia ini. dan bila jatuh aja manusia bersyukur. dalam hidup hidup dah byk kali aku gagalaku ingat tapi aku tak ingat berapa kali aku aku di puncak. har har.
tapi jatuh dalam hidup lebih kecewa daripada cinta. pendapat aku la.

Saturday, June 21, 2008

di sini mahu menceritakan tentang satu kerajaan dijajah, alkisah nya tercerita oleh orang tua2 kepada anak2 muda di waktu selepas waktu asar berehat di atas (gere) atau dipanggil bangku kayu tempat melepak di halaman rumah. adalah orang kita bangsa melayu ni suka meluangkan masa pada waktu petang istirehat bergosip dan bercerita serta bermotivasikan diri untuk membandingkan masalah sendiri berbanding rakan untuk memajukan diri. maka setelah tiada cerita maka terlepak lah mereka itu bersama anak muda yang masih kecil menceritakan asal usul keturunan mereka dikampung tersebut.adalah mereka ini berketurunan (nic) golongan perempuan bangsawan nikah dengan rakya jelata...kaum mereka boleh digelarkan sebagai bangsawan,keramat dan bertullah.dijadikan cerita ketika inggeris mula ingin meluaskan empayarnya kerana berebutkan bijih timah bermula abad 1900 mereka mula meneroka kepulauan melayu . tetapi yang bijak nya adalah kerajaan siam. kerana mereka mahukan pembangunan mereka mahu inggeris masuk ke negeri mereka. tetapi mereka tidak mahu negeri mereka tergadai. oleh itu diperintah kan maharaja siam kepada raja sultan bagi negeri jajahan takluk mereka untuk melantik raja memerintah untuk memerdehakakan negeri tersebut. 4 orang utusan berketurunan bangsawan ini diperintahkan untuk melantik sultan baru kepada kerajan baru jajahan takluk siam ini untuk dimerdehakakan. Adalah mereka berempat berketurunan nic bersaudara turun keselatan mencari gerangan orang gagah berani berketurunan long untuk menjadi waris negeri baru membentuk kerajaan baru. tidaklah cerita ini menceritakan halnya si gelaran long itu kerana ingin meceritakan asal usul keturunan nic di suatu kampung yang masih lagi kampung. setelah penat berjalan dan berjumpalah 4 saudara utusan ini dengan orang gerangan si long ini maka peristiwa perlantikkan berlaku. dijadikan cerita si long ini tidak lah mempunyai waris. bukan lah untuk mengaibkan si long namun kejadian ini sudah ditakdirkan. maka si long ini mempunyai bapa saudara. maka kerajaan baru yang di bentuk ini mempunyai waris lagi walaupun bukan dari cabang asli. untuk menjaga hubungan baik siam dan inggeris waktu tersebut bermulalah kisah perdalangannya. lalu siam pun menghantar bendahara orang gedebe kerajaan tersebut. berangkatlah bendaharanya ke negeri kerajaan baru tersebut dengan perutusan bahawa maharaja siam melantiknya sebagai sultan pemerintah baru dinegeri tersebut. setelah diumumkan sultan baharu itu maka terjadilah gundah gulana negeri teresebut. tertanyalah rakyat siapa utusan sebenar. dan siapa pemerintah sebenar. si long cuba menunjukkan kedaulatannya cuba berperang. manakala si bendahara cuba menunjukkan kedaulatannya juga berperang...
lalu sejarah mencatatkan peperangan adanya berlaku di kedua kota. bermula tempat nya berpangkalan kota kubang labu si bendahara dan pangkalan datu bagi keturunan long.
setelah bergelumang mayat rakyat kerna perang saudara itu. di pendekkan cerita manakala waktu itu melayu masih berperang menggunakan tombak keris dan senjata mainan pencak. Didalangi oleh kerajan siam waktu mengutuskan bendaharanya beserta bantuan inggeris. Bersetuju inggeris menolong siam waktu itu dijanjikan oleh raja wilayah jajahan di empat wilayah selatan. Bermula kesah dari orang orang dari pangkalan datu dibedil meriam dan senapang...maka beralah penyokong dari keturunan long dan layak lah si bendahara dilantik menjadi sultan negeri berpenasihatkan iggeris waktu itu. Dan dari itulah amat malulah 4 keturunan nic tadi. Perlantikkan oleh mereka itu tidak berdaulat. Dan dari itulah berpecah mereka 4 saudara menetap di wilayah yng baru dibentuk malu untuk pulang ke kampung. yang sulung menetap di tembusu limbat, yang kedua pergi ke melor, yang ketiga ke pasir pueh dan ke empat saya kurang periksa kerana cerita lama tetapi adalah mereka berpecah membina keluarga dan kampung di wilayah baru itu. Tetapi si nic mat sulung berfikiran malu masih menyimpan nama nic berketuraunan bangsawan. Adalah menjadi orang kampung dan harta sudah hilang daulat sudah hilang pangkat sudah hilang. Maka dibuang nama daripada keturunan nic. maka keturunannya menjadi rakyat biasa hilang bangsawan. Namun begitu anak keturunan nic yang sulung ini masih menjaga darah keturunan bernikah antara sepupu menjadikan darah keturunan masih tulen. Namun begitu saudara empat yang lain masih ada menjaga kedaulatan nama iaitu berpangkat nic pada nama. Langsung mengetahuilah anak anak muda di kampung itu asal usul keturunan mereka. Malah di kampung tersebut penduduk anak beranak dan muka saling todak tumpah satu sama lain. Namun kedaulatan nic telah dibuang dan hidup aman damai jua penduduk kampung berpangkat rakyat biasa.

kepada diri

sudah 1 bulan tamat pengajian...masih mencari pekerjaan projek membe cabel...tapi masih tidak kepingin kepada teruna yg konfius ini...banyak setelah berhempas pulas akhirnya terjerumus jadik crew di seven E. tapi diri serba lemah terpaksa minta berhenti kerana pekerjaan menggangu sensiviti keperibadian. berlegar di kepala untuk membuat projek mega namun tapak dan modal tiada...komitmen masih lemah kena belaja banyak. masih mencari erti kehidupan. ramai tanggunjawab meminta untuk di pertanggungjawabkan, tapi aku masih tak mampu bertanggungjawab.